fbpx

Konsert Taylor Swift cetus gegaran menyamai gempa bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Swift membuat persembahan di hadapan 144,000 penonton selama dua hari di stadium tersebut. - Getty Images

SEATTLE, WASHINGTON – Pakar seismologi menyatakan bahawa konsert Taylor Swift yang diadakan di bandar Seattle, Amerika Syarikat (AS) telah menyebabkan berlakunya aktiviti seismik menyamai gempa bumi berkekuatan 2.3 pada skala Richter.

Badan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan, data itu direkodkan ketika konsert jelajah The Eras Tour diadakan di Stadium Lumen Field pada 22 dan 23 Julai lalu.

Seorang pakar seismologi, Jackie Caplan-Auerbach berkata, gegaran itu berpunca daripada peminat Swift atau sistem bunyi di konsert tersebut.

Ia mengatasi rekod gegeran dikenali sebagai ‘Beast Quake’ yang berlaku pada 2011 apabila peminat-peminat bola sepak meraikan sepakan gol Marshawn Lynch daripada pasukan Seattle Seahawks ketika menentang New Orleans Saints.

Caplan-Auerbach yang merupakan seorang profesor geologi di Universiti Washington Barat berkata,  perbezaan kekuatan gegaran semasa dua konsert itu hanya 0.3, namun kejadian kali ini dua kali ganda lebih kuat.

“Saya mengambil data daripada kedua-dua konsert itu dan dengan pantas menyedari bahawa ia adalah corak isyarat yang sama,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI