fbpx

Kanak-kanak 10 tahun hilang semalam ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba membawa mayat kanak-kanak yang ditemui lemas di Pantai Teluk Senangin, Segari dekat Lumut pagi tadi. - Foto Ihsan JBPM Perak

LUMUT – Kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang ketika mandi di pantai Teluk Senangin, Segari, dekat sini semalam ditemui lemas pagi ini.

Mayat Mohammad Fariz Irfan Abdul Halim ditemui di perairan Tanjung Hantu, kira-kira dua batu nautika dari pantai peranginan tersebut kira-kira pukul 8.20 pagi tadi.

Mangsa ditemui oleh nelayan yang menangkap ikan di kawasan tersebut sebelum memaklumkannya kepada pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak tersebut.

Semalam, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dilaporkan hilang ketika mandi di pantai peranginan Teluk Senangin, Segari dekat sini pada tengah hari.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari ketika kanak-kanak itu, Mohammad Fariz Irfan Abdul Halim mandi bersama adik perempuan berusia tujuh tahun dan ditemani seorang kakaknya yang berusia 19 tahun.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Penguasa Kanan Bomba I Sabarodzi Nor Ahmad berkata, SAR kanak-kanak itu yang ditangguhkan pada pukul 6.30 petang semalam disambung pada pukul 10.45 malam tadi.

Jelasnya, ia selepas pihaknya menerima maklumat orang ramai mendakwa melihat kelibat mangsa di kawasan chalet lebih kurang lima kilometer (km) dari lokasi asal pencarian di pantai tersebut.

“Ada oang awam memberitahu ternampak kanak-kanak itu yang memakai seluar hitam berjalur putih dan baju berkolar warna merah jambu di sekitar kawasan chalet pada pukul 3.30 petang dalam keadaan terpinga-pinga dan takut.

“Jarak chalet itu dari lokasi asal pencarian adalah lebih kurang lima km,” ujarnya.

Berikutan itu, menurutnya, operasi SAR digerakkan serta-merta malam tadi melibatkan dua kumpulan terdiri daripada tiga anggota bomba, enam anggota polis dan 25 orang awam di sekitar kawasan chalet dan kampung. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI