fbpx

PRN: Sanusi kemuka pencalonan DUN Jeneri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Sanusi.

SIK – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mewakili Perikatan Nasional (PN) tiba di pekarangan Pejabat Daerah dan Tanah Sik, di sini pada pukul 9.10 pagi tadi bagi proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN).

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PN mempertahankan kerusi DUN Jeneri dan diiringi lebih 1,500 penyokongnya.

Muhammad Sanusi dijangka bertembung calon muka baharu Barisan Nasional (BN), Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim yang juga Ketua UMNO Bahagian Sik.

Sementara itu, bagi DUN Belantek, calon PN, Ahmad Sulaiman dicabar oleh calon Pakatan Harapan (PH), Mazli Saipi.

Setakat ini, pertembungan di kedua-dua DUN itu menyaksikan dua penjuru apabila tidak kelihatan mana-mana calon bebas.

DUN Jeneri mempunyai seramai 35,079 pengundi, manakala 28,006 pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka di Belantek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI