fbpx

Makin ramai pekerja tempatan minat sektor 3D – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi bergambar bersama Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron dan Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin pada Majlis Pengumuman Penemuan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah 2022 di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mendedahkan lebih 10,000 pekerja tempatan berminat untuk bekerja dalam sektor pekerjaan 3D (kotor, bahaya dan sukar) di negara ini.

Menurutnya, data itu diperolehi menerusi dapatan program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang dilaksanakan Kementerian Ekonomi ketika ini.

“Cuma kami dapati agak sukar meyakinkan majikan dan industri 3D untuk beralih daripada menggunakan pekerja asing kepada pekerja tempatan. Yang nak jadi itu (pekerja) ramai. Setakat ini orang kata pekerja tempatan tidak suka ceburi sektor kerja 3D, itu tidak betul.

“Tapi bila kita mahu yakinkan industri, alasan yang mereka bagi ialah mereka kata sudah ada pekerja asing,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah Malaysia, 2022 di sini hari ini.

Katanya, beliau memahami bahawa setiap program dalam IPR bergantung kepada penerimaan pemegang taruh (majikan).

Dalam pada itu, Rafizi berkata, beliau kini sedang berbincang untuk memperluas program IPR kepada sektor perkhidmatan termasuk pusat asuhan kanak-kanak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI