fbpx

Polis Semporna pergiat kesan suspek kes langgar lari pejalan kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek bersama keretanya.

SEMPORNA – Polis sedang giat mengesan suspek kes langgar lari seorang pejalan kaki di Jalan Kampung Selamat, Jalan Persisiran Pantai, di sini, 19 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kejadian kira-kira pukul 8 malam itu melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dengan nombor pendaftaran SB602G yang dipandu oleh suspek telah hilang kawalan lalu melanggar mangsa yang sedang berjalan kaki.

“Pemandu kereta terbabit telah melarikan diri selepas kejadian. Manakala mangsa dibawa ke Hospital Semporna untuk rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia pada 20 Julai lalu,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Justeru, beliau meminta saksi-saksi yang melihat kejadian diminta tampil untuk memberi keterangan dan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Hemkkumar A/L Ayathuray di talian 012-3650021.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI