fbpx

15 laporan diterima babit kerosakan ‘banner’, bendera parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein ketika sidang akhbar selepas menghadiri Latihan Amal Ketenteraman Awam PRN15, di sini, petang. FOTO: KOSMO! AMIR KHALID.

PETALING JAYA – Polis Selangor mengesahkan sebanyak 15 laporan diterima membabitkan kerosakan banner (kain rentang) serta bendera parti setakat ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya telah membuka sebanyak enam kertas siasatan.

“Daripada 15 laporan diterima, kita telah buka enam kertas siasatan. Antara kawasan yang terlibat adalah Subang Jaya, Kuala Selangor, Klang dan Gombak.

“Lima kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan manakala satu kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan,”jelas selepas menghadiri Latihan Amal Ketenteraman Awam Sempena Pilihan Raya Negeri ke 15 Kontinjen Selangor di pekarangan Parkir, Dewan Sivik MBPJ, di sini, petang.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan masyarakat supaya tidak mengambil tindakan sedemikian agar keadaan PRN berjalan dalam keadaan harmoni dan aman.

“Tindakan tegas akan diambil sekiranya ada pihak yang mengganggu ketenteraman awam,”tegasnya.

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan sebanyak 37 jalan akan ditutup bagi memberi laluan sempena penamaan calon yang akan berlangsung pada 29 Julai ini.

“Penutupan 37 jalan merangkumi 12 daerah bermula pukul 6 pagi sehingga 12 tengah hari. Jalan akan dibuka semula sebaik sahaja selesai penamaan calon nanti,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI