fbpx

Tumpu dulu PRN, soal pengganti Salahuddin selepas PRN – Mohamad Sabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad

PETALING JAYA – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu menggesa supaya semua pihak dalam parti menumpukan sepenuh perhatian kepada gerak kerja untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) bukannya memikirkan soal pengganti timbalannya.

Ini kerana kata Mohamad, apa yang penting ketika ini adalah untuk memberi kemenangan kepada calon-calon daripada parti yang bergabung dalam kerajaan perpaduan iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Jangan memikirkan dahulu siapa yang akan menggantikan tempat Almarhum Datuk Seri Salahuddin Ayub.

“Selepas ini barulah kita akan membincangkan dengan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkait pengganti kepimpinan yang telah pergi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohamad, beliau juga akan memberikan tumpuan kepada tanggungjawab di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan turun bersama-sama ahli ke bawah untuk melaksanakan gerak kerja pilihan raya.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan semua ahli dan kepimpinan parti Amanah supaya sentiasa berhati-hati agar tidak dilaga-lagakan oleh pihak lain dalam isu ini.

“Pihak kepimpinan Amanah sendiri akan menguruskan sebaik-baiknya hal-hal berkait pengganti kepimpinan dan masa depan parti mengikut aturan-aturan dan amalan kebiasan parti,” tegasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI