fbpx

PM dijangka umum berita gembira buat penjawat awam 8 Ogos ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JALALUDDIN Alias dan Adnan menyerahkan Jalur Gemilang pada Program Malaysia Madani di dalam Perkhidmatan Awam Zon Selatan dan Penyerahan Jalur Gemilang kepada Cuepacs Negeri Sembilan, Melaka, Johor di Seremban.-Foto ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan berita gembira kepada penjawat awam dalam satu program bersama penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 8 Ogos ini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs), Datuk Adnan Mat berkata, beliau berharap pengumuman yang bakal diumumkan Perdana Menteri akan memberikan kelegaan kepada penjawat awam bagi mendepani kos sara hidup yang semakin meningkat sekali gus melaksanakan perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat.

“Pertemuan dengan Perdana Menteri pada 18 Julai yang lalu, kami telah membentangkan 10 perkara utama tentang jerih perih dan kesusahan penjawat awam ketika ini kepada beliau, Perdana Menteri telah mengulas lebih awal, lebih tahu apa yang kami mahu bawa.

“Kami telah dimaklumkan Datuk Seri Anwar beliau mempengerusikan mesyuarat untuk menimbangkan sesuatu keperluan khusus kepada penjawat awam malah kami juga telah dimaklumkan adanya suatu perhimpunan penjawat awam bersama Perdana Menteri pada 8 Ogos yang akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Malaysia Madani di dalam Perkhidmatan Awam Zon Selatan dan Penyerahan Jalur Gemilang kepada Cuepacs Negeri Sembilan, Melaka, Johor di sini hari ini.

Adnan menjelaskan lagi, terdapat 10 perkara yang dibentangkan kepada Perdana Menteri namun perkara berkenaan dijangka bukan diumumkan dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI