fbpx

Mahasiswa rugi RM72,877 ditipu scammer pekerjaan sambilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raub

JOHOR BAHRU – Seorang mahasiswa sebuah universiti awam tempatan di negeri ini mengalami kerugian sebanyak RM72,877 selepas terpedaya dengan tawaran pekerjaan sambilan melalui aplikasi Telegram.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 22 tahun terpedaya kerana dijanjikan komisen sebanyak 10 peratus atas setiap barangan yang dijual.

“Namun sebelum mangsa memulakan kerja sambilan itu, dia telah diarahkan untuk membuat pembayaran bagi pembelian barangan sebanyak RM 72,877.

“Mangsa hanya menyedari telah ditipu apabila pihak berkenaan masih memintanya membuat pembayaran tambahan, selain masih tidak menerima sebarang komisen yang dijanjikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Raub, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara hingga 10 tahun dan sebatan, selain boleh dikenakan denda.

“Polis menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati terutamanya apabila berurusan melibatkan kewangan secara atas talian bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

“Sekiranya telah menjadi mangsa penipuan, boleh hubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997 sebagai tindakan awal untuk sekat pengaliran keluar wang,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI