fbpx

Dua direman kes bantuan banjir Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekas pengurus operasi (depan) dan saudaranya dibawa untuk proses reman di Mahkamah Majistret Shah Alam.

SHAH ALAM – Seorang bekas pengurus operasi sebuah yayasan direman tiga hari bagi membantu siasatan ‘memberikan’ projek pembekalan bantuan banjir bernilai RM900,000 kepada saudaranya sendiri.

Turut direman saudara lelakinya yang merupakan pengarah sebuah syarikat dan masing-masing berusia dalam lingkungan 30-an.

Perintah reman itu dibenarkan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, siasatan awal mendapati projek pembekalan itu diberikan kepada mangsa-mangsa bah besar di Selangor pada 2021.

Antara bantuan itu termasuklah tuala, selimut dan biskut kepada mangsa yang terlibat dalam kejadian bencana alam tersebut.

“Suspek pertama merupakan bekas pengurus operasi sebuah yayasan dipercayai menyalahgunakan jawatan untuk mengesyorkan syarikat milik suspek kedua.

“Mereka mempunyai hubungan persaudaraan bagi membekalkan barangan itu pada tahun lalu,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Jelas sumber, suspek pertama dipecat daripada yayasan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebelum ini.

Mereka berdua ditahan pada pukul 2.30 petang semalam selepas hadir untuk memberikan keterangan di Pejabat SPRM Selangor di sini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI