fbpx

Tiga sekeluarga keracunan selepas makan sarang madu frozen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar tiga sekeluarga dikerjakan ke hospital Banting kerana keracunan selepas makan madu frozen

PETALING JAYA — Gara-gara memakan sarang madu frozen, tiga sekeluarga dipercayai mengalami keracunan makanan hingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Banting.

Menerusi perkongsian @hidayahdayha di akaun TikTok memaklumkan, ibu dan dua adiknya muntah dan cirit birit selepas makan sarang madu lebah frozen (sejuk beku) yang dibeli dari kedai atas talian.

“Mak dan adik-adik sekarang ditahan di wad, pada awalnya mereka kebas dan bengkak di kawasan leher serta muntah dan cirit-birit.

“Saya susah hati dengan keadaan mak yang tidak berapa baik disebabkan okeh faktor usia dan sejarah darah tinggi,” jelasnya.

Lebih parah, Hidayah mendedahkan peniaga makanan tersebut bertindak melepaskan tangan apabila dihubungi mengenai isu keracunan itu.

“Apabila kita bagitahu peniaga, dia tanya adakah saya nak menjatuhkan perniagaannya. Awak nak lagi ramai ke yang masuk hospital,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Malah peniaga tersebut juga mempersoalkan kebenaran produknya itu menjadi punca keracunan.

“Saya dah jual lebih 4,000, hanya awak seorang sahaja yang jadi macam ini. Kalau madu saya tidak bagus, semua orang akan ke hospital,” kata peniaga itu.

Dia juga menitipkan pesanan kepada orang ramai agar lebih berhati-hati dalam membuat sebarang pembelian di kedai atas talian terutamanya barangan makanan.

“Hati-hati lah korang bila beri barang makanan dari mana-mana tempat sekali pun, sekarang ahli keluarga saya berada di unit kecemasan hospital Banting. Semoga Allah permudahkan semuanya,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI