fbpx

PRK Pulai, Simpang Jeram: SPR bermesyuarat 8 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 8 Ogos ini.

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan Speaker DUN Johor, Datuk Mohd. Puad Zarkashi hari ini berhubung kekosongan luar jangka kedua-dua kerusi berkenaan.

Katanya, mesyuarat khas tersebut akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, di mana tarikh-tarikh penting PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, Johor, seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut akan dibincangkan.

“Selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan dan Fasal (5) Perkara 23 Bahagian Kedua, Undang-Undang Negeri Johor, Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895 telah memperuntukkan yang kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Negeri Simpang Jeram, Johor, perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

PRK kedua-dua kawasan itu perlu diadakan susulan panyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub meninggal dunia pada Ahad lalu.

Ahli Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram itu, memenangi kedua-dua kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 dan mempertahankanya pada PRU15. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI