fbpx

Kerusi Parlimen P.161 Pulai diisytiharkan kosong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPR-Gambar hiasan

PETALING JAYA – Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul hari ini mengisytiharkan Kerusi Parlimen P.161 Pulai sebagai kosong susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Menurut beliau, selaras dengan Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan, beliau telah mengemukakan suatu pemberitahuan bertarikh 25 Julai 2023 kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Oleh demikian, selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, pihak SPR Malaysia hendaklah mengisi kekosongan luar jangka Kerusi Parlimen Kawasan P.161 Pulai, Johor dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan oleh SPR Malaysia bahawa ada kekosongan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Johari berkata, Parlimen Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Salahuddin dan mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan yang beriman serta beramal soleh.

Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada 23 Julai lalu.

Beliau meninggal dunia selepas menjalani pembedahan pendarahan otak dan ditidurkan di bawah pengawasan rapi pakar pembedahan dan perubatan HSB.

Jenazahnya selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat, Pontian, Johor kira-kira pukul 12 tengah hari semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI