fbpx

103 nelayan ditahan dalam Op MERDOF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamid (kiri) dan Wan Muhammad Aznan meninjau sebahagian bot nelayan Vietnam di Pejabat Maritim Terengganu di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seramai 103 nelayan termasuk 39 warga asing berjaya ditahan menerusi operasi bersepadu Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Perikanan Malaysia sejak awal tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya (M) Hamid Mohd. Amin berkata, operasi sama turut berjaya menyita 525 unit peralatan menangkap ikan.

Beliau, hasil rampasan dalam Op MERDOF itu dianggarkan bernilai lebih RM100,000 termasuk pelbagai jenis peralatan menangkap ikan dan hasil tangkapan.

“Operasi ini dilaksanakan di Selat Melaka, Laut China Selatan serta berdekatan perairan Laut Sulu yang meliputi lima sektor utama kawasan perairan seluruh negara.

“Sepanjang tempoh itu, pihak berkuasa telah melakukan 1,907 pemeriksaan di darat dan laut kerana melanggar syarat lesen di bawah Akta Perikanan 1985,” katanya di sini hari ini.

Hamid berkata, sebanyak 36 buah bot telah ditahan bagaimanapun telah dilepaskan selepas membuat bayaran kompaun.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perikanan Malaysia, Wan Muhammad Aznan Abdullah berkata, operasi itu membantu pihaknya mengawal kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

Beliau menjelaskan, antara kesalahan utama dikesan melibatkan komuniti nelayan adalah aktiviti pencerobohan dan perlanggaran syarat lesen.

“Op MERDOF dibuat empat fasa dengan penglibatan komuniti maritim di seluruh negara selain melakukan operasi di tengah laut dan pemeriksaan di jeti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI