fbpx

Luahan Pembaca: Manusia pengotor tak layak masuk taman rekreasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sampah yang dibiarkan berselerak merosakkan keindahan alam semula jadi di Air Terjun Sungai Pisang, Gombak.

SAUDARA PENGARANG,

Bagi rakyat Malaysia, cuti hujung minggu mahupun cuti perayaan biasanya diisi dengan pelbagai aktiviti termasuk mengunjungi tempat-tempat rekreasi bersama ahli keluarga.

Antara pusat rekreasi yang popular dan menjadi pilihan pengunjung termasuklah kawasan sungai, air terjun, taman permainan dan taman tema air.

Bagi mereka yang berminat kepada alam semula jadi dan inginkan sedikit cabaran, kawasan sungai dan air terjun antara yang menarik perhatian.

Suasana nyaman dan persekitaran yang berlatar­belakangkan alam semula jadi menjadikan percutian keluarga lebih seronok dan bermakna.

Bagaimanapun, di sebalik keindahan alam semula jadi itu, masih terdapat banyak longgokan sampah dan bekas makanan yang dibiarkan bersepah oleh pengunjung tidak bertanggungjawab.

Antara yang menjadi mangsa kekotoran oleh tangan-tangan manusia tidak bertamadun ini adalah kawasan rekreasi di Air Terjun Sungai Pisang, Gombak.

Hampir di setiap jalan di sepanjang laluan menuju ke air terjun ini dipenuhi sampah, sisa makanan, botol plastik dan pelbagai lagi barang buangan.

Sikap pengotor segelintir pengunjung ini bukan sahaja merosakkan keindahan alam semulajadi, malah memberi pandangan negatif kepada pelancong asing yang berkunjung ke kawasan berkenaan.

MUKHLIS
Sabak Bernam, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI