fbpx

Askar mengamuk bunuh 13 orang termasuk isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan menunjukkan seorang askar bersiap siaga di sebuah kedudukan di Kivu Utara, DRC. – AFP

KINSHASA, CONGO – Seorang askar Republik Demokratik Congo (DRC) menembak ahli keluarga sendiri termasuk isteri dan anak-anaknya selepas mereka mengebumikan seorang anak lelakinya tanpa dia sempat pulang ke rumah.

Akhbar Arab News melaporkan, kejadian pada Sabtu lalu itu menyebabkan 13 orang terbunuh termasuk 10 kanak-kanak. Isteri dan dua anak suspek selain ipar-duainya turut meninggal dunia.

Ketua kampung, Baraka Muguwa Oscar berkata, ketika kejadian, suspek yang identitinya tidak didedahkan  baru pulang daripada berkhidmat di wilayah Ituri.

Dia mendapati ahli keluarganya berkumpul untuk berkabung atas kematian anak lelakinya yang meninggal dunia Khamis lalu.

“Askar tersebut berang kerana anaknya dikebumikan tanpa kebenaran dan kehadirannya,” kata Oscar.

Susulan insiden itu, pasukan  tentera DRC telah dikerah  untuk memberkas suspek yang melarikan diri. 

“Tidak kira walau apa pun yang berlaku, anda tidak boleh mengambil nyawa orang lain. Ini merupakan tindakan tidak berdisiplin anggota tentera. Dia akan dihadapkan ke muka pengadilan,” kata jurucakap tentera wilayah Ituri, Leftenan Jules Ngongo. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI