fbpx

Anwar imamkan 5,000 jemaah solat jenazah Salahuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar mengimamkan solat jenazah Allahyarham Salahuddin Ayub di Masjid Jamek Dato’ Haji Noh Gadot, Serkat, Pontian. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

PONTIAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimamkan solat jenazah buat Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub di Masjid Jamek Dato’ Haji Noh Gadot, di sini pada pukul 11 pagi.

Solat jenazah itu diikuti seramai lebih 5,000 jemaah.

Turut bersama, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pertanian dan Kerterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dr. Azmi Rohani; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, Mohd. Hairi Mad Shah dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon.

Hadir sama, kepimpinan parti politik tanah air antaranya Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng; Naib Pengerusi Amanah, Dr. Dzulkefly Ahmad dan Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin.

Anak sulung Allahyarham, Iskandar Zulkarnain, 37, turut berkesempatan mengimamkan solat jenazah buat Allahyarham sebelum ketibaan Perdana Menteri, yang merupakan antara permintaan terakhir ketika Allahyarham masih hidup.

Solat jenazah itu dilaksanakan beberapa kali bagi membolehkan lebih ramai jemaah menunaikan solat jenazah buat Allahyarham.

Dianggarkan seramai lebih 1,000 individu hadir ke masjid berkenaan bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Ahli Parlimen Pulai itu terdiri daripada ahli keluarga, pemimpin politik, sahabat Allahyarham serta masyarakat setempat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI