fbpx

4 maut paip air panas pecah di pusat beli-belah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ambulans tiba di pusat beli-belah Vremena Goda, Moscow, semalam. - Anadolu Agency

MOSCOW – Empat orang maut manakala berpuluh-puluh lagi cedera selepas paip air panas pecah di sebuah pusat beli-belah di Moscow semalam, lapor agensi berita Russia, TASS.

Paip tersebut pecah dengan air mendidih memancut keluar di pusat beli-belah Vremena Goda.

“Angka kematian akibat paip pecah di pusat beli-belah Vremena Goda di Moscow telah meningkat kepada empat orang seperti diberitahu perkhidmatan perubatan,” lapor TASS.

Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin dalam pada itu menyifatkan kejadian tersebut sebagai satu tragedi.

“Takziah kepada keluarga semua mangsa,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI