fbpx

Politik Pas memang songsang – Mohd. Puad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Puad.

PETALING JAYA – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi mempersoalkan politik yang dibawa Pas didakwa melanggar syarat Islam dan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga menyifatkan politik parti itu sebagai sesuatu yang songsang.

Dakwanya, sikap tidak Islamik yang diterapkan Pas dapat dilihat melalui tuduhan menerima dana hasil perjudian dan kegiatan membeli undi semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sementara itu, Mohd. Puad turut memberi contoh berhubung keputusan mahkamah baru-baru ini yang membatalkan kemenangan Pas di kerusi Parlimen Terengganu serta keceluparan mulut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

“Pas juga langgar Perlembagaan Persekutuan. Mulut Sanusi yang ‘celopar’ hina Sultan Selangor memang langgar Perlembagaan.

“Masalahnya Pas biarkan tabiat buruk Sanusi, itu subahat. Politik Pas memang songsang, Pas yang banyak langgar syarat dan Pas perlu cermin diri sendiri,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Selain itu, beliau juga mengulas kenyataan Muhammad Sanusi dalam siaran ‘podcast’ Keluar Sekejap yang mempertahankan kerjasama antara Pas dan DAP dalam Pakatan Rakyat dahulu adalah bersyarat iaitu selagi DAP tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam podcast Keluar Sekejap, KJ (Khairy Jamaluddin Abu Bakar) tanya Muhammad Sanusi, kenapa tuduh UMNO beri wala kepada DAP sedangkan PAS juga pernah bekerjasama dengan DAP?

“Jawapan Muhammad Sanusi, kerjasama PAS-DAP bersyarat. Iaitu selagi DAP tidak menentang Islam. KJ balas, kerjasama UMNO-DAP juga bersyarat iaitu selagi DAP tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan,” kongsinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI