fbpx

Lelaki jumpa syiling emas RM4.56 juta di ladang jagung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki menemui sejumlah syiling emas bernilai lebih RM4.56 di sebuah ladang jagung di Kentucky bari-baru ini. - Foto Certified Collectibles Group/Brian Koellish/Getty Images

WASHINGTON – Seorang lelaki yang identitinya tidak didedahkan menjumpai sejumlah syiling emas era perang saudara Amerika Syarikat bernilai lebih AS$1 juta (RM4.56 juta) di sebuah ladang jagung di Kentucky, baru-baru ini, lapor portal berita Insider.

Lokasi tepat tempat dia menemui syiling emas tersebut  tidak didedahkan tetapi video yang disiarkan di laman YouTube oleh seorang peniaga duit lama dikenali sebagai GovMint menunjukkan lelaki berkenaan berada dalam keadaan sungguh gembira.

Lelaki berkenaan menyebut bahawa penemuan itu sebagai sesuatu yang ‘sangat gila’.

Akhbar The New York Times menganggarkan harta karun itu bernilai lebih AS$1 juta.

“Ini adalah apa yang setiap pemburu harta karun impikan dan lelaki itu mengalaminya,” kata seorang netizen di YouTube. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI