fbpx

Kehadiran Tun M lebih kepada pertemuan geng emosi – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi hadir sesi libat urus KSP RMK ke-12 bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Bayan Baru, hari ini. - Foto oleh IQBAL HAMDAN / KOSMO!

GEORGE TOWN – Kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di pentas Perikatan Nasional (PN) di Kelantan, malam tadi lebih kepada pertemuan bersama kumpulan yang beremosi terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, ini kerana, Dr. Mahathir tidak menyentuh langsung mengenai soal hutang negara dan hanya menyebut mengenai Anwar semata-mata.

“Jadi, saya yakin sebenarnya rakyat boleh menilai apabila Dr. Mahathir hadir di atas pentas Pas dan Bersatu, ia lebih kepada pertemuan geng-geng emosi.

“Dia (Dr. Mahathir) tidak sentuh pun mengenai hutang negara, dia tidak bincang pun seperti yang kita bincang di sini, tetapi lebih kepada kami tidak suka Anwar,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Rafizi menghadiri sesi libat urus kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (SLU KSP RMKe-12) bersama kerajaan negeri Pulau Pinang.

Semalam, Dr. Mahathir yang tampil berceramah di pentas PN di Kelantan menyeru rakyat untuk bersama-sama menolak Kerajaan Perpaduan yang disifatkan sebagai sebuah kerajaan yang gagal.

Mengulas lanjut, Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata, beliau tidak akan sesekali terheret dengan permainan emosi seperti mana yang dilakukan oleh Dr. Mahathir memandangkan fokus utama beliau dan Kerajaan Perpaduan adalah untuk membantu rakyat.

“Pilihan raya ini adalah medan terbaik untuk kita membandingkan soal dasar, program, dan persaingan bagi menyelesaikan masalah rakyat dan negara. Ia (PRN) tidak baik jika dijadikan medan untuk memainkan emosi,” katanya.

Beritahunya, beliau yakin rakyat akan membuat pilihan berdasarkan pengalaman lepas memandangkan rakyat pernah melihat sendiri bagaimana hubungan Dr. Mahathir dengan Pas dan juga Bersatu.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI