fbpx

Jangan biarkan tindakan tidak beradab berlaku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairuddin

PETALING JAYA – Perbuatan yang mencemarkan adab dan akhlak bangsa dan negara bersusila dan bertamadun seperti Malaysia tidak wajar dibiarkan.

Penasihat Agama kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, tetamu yang bertandang ke Malaysia untuk berhibur terikat dengan peraturan dan undang-undang negara.

“Sebarang pelanggaran kepada undang-undang wajar diambil tindakan segera oleh pihak berkuasa sebagai satu pengajaran kepada tetamu-tetamu lain.

“Aktiviti seks songsang adalah bercanggah dengan agama dan bercanggah dengan undang-undang Malaysia dan tidak wajar dipromo di pentas hiburan di Malaysia,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika memberi reaksi terhadap satu kumpulan muzik yang mempromosikan budaya songsang ketika mengadakan konsert di Sepang semalam.

Dalam pada itu, Mohd. Khairuddin turut mengucapkan tahniah di atas tindakan tegas pihak berkuasa menghentikan segera konsert yang sedang berlangsung.

Terdahulu, dua orang ahli kumpulan muzik lelaki terbabit telah bercium sesama mereka semalam telah menimbulkan kemarahan rakyat negara ini dan meminta pihak berkuasa melakukan tindakan segera terhadap perbuatan terkutuk itu.

Mohd. Khairuddin terut mengucapkan tahniah di atas tindakan tegas pihak berkuasa menghentikan segera konsert yang sedang berlangsung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI