fbpx

Final Piala FA: Lebih 5,000 penyokong JDT banjiri Dataran Bandaraya Johor Bahru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai lebih 5,000 penyokong JDT menyaksikan perlawanan akhir Piala FA antara JDT dan KL City dengan berkonsepkan piknik di Dataran Bandaraya Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Ribuan penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) yang tidak berpeluang menyaksikan perlawanan akhir Piala FA antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kuala Lumpur City (KL City) di Stadium Sultan Ibrahim memilih untuk menyaksikan perlawanan itu melalui skrin gergasi di Dataran Bandaraya Johor Bahru di sini.

Padang awam itu mula dipenuhi orang ramai seawal pukul 5 petang bagi mendapatkan tempat duduk hadapan untuk menyaksikan pasukan bola sepak kesayangan mereka beraksi.

Salah seorang pengunjung, Mohd. Rizal Mis, 44, berkata, ini merupakan pengalaman pertama kali dia menyaksikan perlawanan bola sepak di padang awam bersama ribuan penyokong lain.

“Biasanya saya menonton perlawanan bola sepak di stadium, malahan untuk perlawanan akhir ini, saya juga dapat empat tiket, namun jumlah itu tidak mencukupi buat kesemua 14 ahli keluarga yang mahu menyaksikan perlawanan ini.

“Jadi kami buat keputusan untuk jual empat tiket itu dan datang ke Dataran Bandaraya Johor Bahru bagi menonton perlawanan akhir ini bersama-sama kesemua ahli keluarga,” katanya yang merupakan bapa kepada dua orang anak.

Sementara itu, Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Noorazam Osman pula memberitahu, pihaknya menjangka kehadiran seramai antara 5,000 hingga 10,000 pengunjung di dataran berkenaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI