fbpx

MSU terus unggul di pentas global, raih anugerah universiti hijau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan kepimpinan MSU bergambar bersama anugerah yang diterima sempena Triple E Awards 2023 di Barcelona, Sepanyol.

PETALING JAYA – Management and Science University (MSU) mencatat pencapaian membanggakan di peringkat global apabila menerima anugerah ‘Green University of the Year’, ‘People Choice Award’ dan tersenarai sebagai lima teratas ‘Engaged University of the Year’.

Penganugerahan yang diterima MSU itu bersempena penganjuran Triple E Awards 2023 di Barcelona, Sepanyol oleh Accreditation Council for Entrepreneurial & Engaged Universities (ACEEU) yang berpengkalan di Belanda.

MSU menerusi satu kenyataan akhbar berkata, pencapaian tersebut adalah sebagai mengiktiraf penglibatan cemerlang dan komitmen pihaknya dalam aktiviti khidmat masyarakat, keusahawanan serta kelestarian alam sekitar merentasi sempadan.

“Antara kategori yang dipertandingkan termasuklah Global, Amerika, Afrika dan Asia Pasifik, mengiktiraf komitmen dan inspirasi kepada universiti dan institusi di seluruh dunia untuk terlibat secara lebih aktif dalam menjalankan program-program yang memberi impak positif kepada masyarakat.

“Pengiktirafan MSU sebagai penerima anugerah Global Green University of the Year menyerlahkan komitmennya jitu terhadap amalan kelestarian terhadap alam sekitar,” kata kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, MSU memaklumkan pihaknya turut meraih anugerah ‘People Choice Award’ apabila menerima undian tertinggi di peringkat global bersempena Triple E Awards 2023.

“Ianya membuktikan usaha MSU ini dalam melaksanakan aktiviti yang memberi impak kepada masyarakat turut mendapat sokongan universiti dan institusi di peringkat global,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI