fbpx

Suami dalang rompak isteri mahu buat tuntutan insurans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan mangsa selepas dirompak Isnin lalu.

BENTONG – Hanya dipercayai semata-mata mahu mendapatkan tuntutan insurans seorang petugas sebuah rumah ibadat di sini sanggup menjadi dalang dalam kes samun melibatkan isterinya.

Semasa kejadian kira-kira pukul 3.20 petang Isnin lalu suspek bersama ibu dan anaknya keluar ke rumah saudaranya dengan meninggalkan isterinya keseorangan di rumah.

Mangsa yang berusia 42 tahun kemudiannya telah didatangi tiga lelaki bertopeng bersenjatakan parang yang telah mengacukan parang dan menggeledah rumah mangsa di rumanhya di Taman Hijau, Karak di sini.

Suspek kemudiannya telah melarikan barang kemas minik mangsa bernilai RM16,000 dan meninggalkan mangsa yang mengalami luka di bahagian leher.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, susulan kejadian polis telah menahan tiga suspek dalam tempoh 12 jam.

“Bertindak atas maklumat sepasukan pegawai dan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong dan IPD Nilai telah menahan dua lelaki tempatan berusia 33 tahun dan seorang warganegara asing berumur 24 tahun serta merampas sebuah kenderaan di Negeri Sembilan

“Susulan itu juga suami mangsa telah ditahan di Bentong untuk siasatan lanjut,”katanya di sini.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana rompak berkumpulan dengan menggunakan senjata yang jika sabit kesalagan boleh dipenjara sehingga dua puluh tahun dan dikenakan sebatan.

Katanya, siasatan giat dilakukan dan kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 24 Julai ini.

“Pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak serta akan mengambil tindakan undang-undang terutama kes-kes jenayah yang sengaja dirancang bagi tujuan-tujuah tertentu,”ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI