fbpx

Maguire bukan lagi kapten Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAGUIRE (tengah) tidak lagi bertindak sebagai kapten United apabila tugas berkenaan bakal digalas Fernandes. - AFP

MANCHESTER – Masa depan pemain pertahanan Manchester United, Harry Maguire di kelab itu semakin kelam selepas dia dilucutkan tugas selaku kapten menjelang saingan musim baharu 2023/24.

Pemain antarabangsa England itu nyata kecewa dengan keputusan yang dibuat pengurus, Erik Ten Hag, namun enggan menjadikan perkara tersebut sebagai alasan untuk dia tidak bermain sepenuh hati.

“Selepas mengadakan perbincangan dengan pengurus (Ten Hag), beliau memberitahu saya beliau akan menukar kapten menjelang musim baharu nanti. Memang beliau ada alasan tersendiri, tetapi saya sangat kecewa.

“Bagaimanapun, saya akan terus berikan segala-galanya untuk pasukan selagi saya menyarung jersi United. Terima kasih kepada semua penyokong atas sokongan selama saya menjadi kapten pasukan,” katanya.

Untuk rekod, Maguire mula menggalas tanggungjawab tersebut enam bulan selepas dia menyertai United dari Leicester pada 2019 di bawah kendalian pengurus terdahulu, Ole Gunnar Solskjaer.

Difahamkan, Ten Hag sedia menyerahkan peranan tersebut kepada pemain tengah, Bruno Fernandes selepas pemain Portugal itu kerap memakai lilitan kapten ketika Maguire banyak memanaskan bangku simpanan musim lalu.

“Saya berterima kasih kepada Ole Gunnar Solskjaer kerana beri peluang kepada saya untuk pikul tanggungjawab tersebut. Sesiapa sahaja yang dilantik selepas ini, saya akan berikan sokongan penuh,” ujar Maguire. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI