fbpx

Hasrat Manchester United jadi kenyataan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONANA semakin hampir menyertai United selepas yuran perpindahan yang ditawarkan dipersetujui Inter. - AFP

MANCHESTER – Manchester United akhirnya berjaya menyelesaikan krisis penjaga gol apabila mencapai persetujuan dengan Inter Milan untuk mendapatkan khidmat Andre Onana.

Onana yang lebih awal sudah bersetuju dengan terma-terma peribadi dijangka menandatangani kontrak selama lima tahun beserta pilihan lanjutan setahun lagi di Old Trafford.

Kini, United hanya menanti masa untuk mengumumkan Onana, 27, sebagai penjaga gol baharu sebaik selesai urusan visa dan perubatan dengan yuran perpindahan sekitar £43 juta (RM256.18 juta) termasuk bonus.

Situasi itu semestinya melegakan kem United yang mengharapkan dapat membawa penjaga gol Cameroon bersama skuad utama menyertai jelajah pramusim di Amerika Syarikat minggu ini.

Onana dijangka membuat debutnya bersama The Red Devils menentang naib juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu, Arsenal dalam aksi persahabatan di Stadium MetLife, New Jersey pada Ahad ini.

Di sana juga bekas penjaga gol Ajax itu berpeluang membuktikan kemampuannya kepada para peminat United bertemu Real Madrid pada 27 Julai ini dan Borussia Dortmund empat hari kemudian.

Kehadiran Onana akan membolehkan Dean Henderson mendapat ‘lampu hijau’ untuk menyertai Nottingham Forest secara tetap selepas dipinjamkan ke kelab itu sepanjang musim lalu.

Penjaga gol veteran, Tom Heaton pula berpotensi untuk menyertai pendatang baharu EPL musim depan, Luton Town sekiranya United berjaya mengikat penjaga gol kedua dari Jepun, Zion Suzuki dari Urawa Reds. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI