fbpx

Kuliah Ustaz Azhar Idrus di Bandar Tun Razak tangguh, bukan batal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Azhar Idrus.

PETALING JAYA – Kuliah penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur ditangguh, bukan dibatalkan.

Jawi dalam satu kenyataan media berkata, sehubungan itu isu pembatalan ceramah tersebut adalah tidak berbangkit sama sekali.

“Jabatan ini (Jawi) dimaklumkan bahawa pihak masjid telah membuat pemakluman penangguhan undangan kepada pihak penceramah lebih awal.

“Ia bagi proses penyusunan semula jadual pengkuliahan melibatkan penceramah dan tenaga pengajar mengambil kira beberapa acara utama.

“Kami berpandangan agar sebarang isu yang timbul dapat ditangani secara harmoni berlandaskan semangat persaudaraan antara semua pihak,” kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan media Jawi tersebut turut dikongsikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil di laman Facebook beliau hari ini.

Kuliah Maghrib Perdana Ustaz Azhar Idrus di Masjid Saidina Othman sebelum ini didakwa terpaksa dibatalkan.

Perkara itu dimaklumkan menerusi akaun Instagram @uaioriginal yang mendakwa pembatalan itu adalah kerana atas arahan pihak tertentu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI