fbpx

Anwar terima kunjungan Menteri Luar Turkiye di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menerima kunjungan Menteri Luar Turkiye di Pulau Pinang hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan di Pulau Pinang hari ini.

Turut menyertai pertemuan itu ialah Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Anwar berkata, pada pertemuan tersebut, mereka membincangkan mengenai kerjasama dua hala yang sekian lama terjalin antara kedua-dua negara.

“Kami juga dapat bertukar pandangan terkait pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama termasuk melibatkan umat Islam.

“Semoga hubungan Malaysia dan Turkiye akan terus berkembang sekali gus dapat memberi manfaat kepada rakyat. Malaysia Madani,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menteri Luar Turkiye ketika ini mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula semalam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI