fbpx

Penamat sempurna Baddrol bersama Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BADDROL (tengah) memanaskan badan sebelum perlawanan menentang Sri Pahang yang berkesudahan Sabah menang 4-0 di Stadium Likas sebentar tadi. - SABAH FC

PETALING JAYA – Kapten Sabah FC, Baddrol Bakhtiar menutup kisah perjalanannya bersama The Rhinos dengan kemenangan 4-0 ke atas Sri Pahang FC pada aksi Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu sebentar tadi.

Malangnya, Baddrol, 35, gagal mencetak nama selaku penjaring dalam perlawanan terakhirnya menyarung jersi Sabah selepas masuk menggantikan Irfan Fazail pada minit ke-80.

Begitupun, sumbangan pemain tengah berpengalaman itu bersama skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee tersebut tidak perlu dinafikan apabila mengumpul 13 gol daripada 41 penampilan dengan Sabah.

Bekas tonggak skuad Harimau Malaya itu akan meninggalkan Sabah selepas memilih untuk menamatkan kontraknya dengan spekulasi hangat bertiup kencang mengatakan dia bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Dalam aksi itu, Sabah ternyata lebih garang berbanding Sri Pahang apabila membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi penyudah Darren Lok yang memanfaatkan hantara daripada Ramon Machado.

DARREN (tengah) berjaya meledak dua gol membantu Sabah membelasah Sri Pahang 4-0 pada aksi Liga Super di Stadium Likas sebentar tadi. – MFL

Ramon sekali lagi membuktikan kehadirannya daripada kelab Azerbaijan, Gabala, sebagai peledak berbisa buat Sabah apabila meledak gol kedua menerusi rembatan deras kaki kiri pada minit ke-44.

Menariknya, ia adalah gol ketiga Ramon dalam dua perlawanannya bersama Sabah selepas meledak dua gol ketika membuat debut menewaskan Kuching City 4-3 pada Sabtu lalu.

Bersambung babak kedua, The Rhinos menambah dua lagi gol dalam tempoh empat minit menerusi jaringan kedua peribadi Darren pada minit ke-65 dan percubaan lambung menarik daripada Stuart Wilkin (m-69).

Kemenangan ke-10 daripada 17 perlawanan itu membolehkan Sabah melonjak ke tangga kelima dengan 33 mata, ketinggalan satu mata di belakang Selangor FC, Kedah Darul Aman FC dan Sri Pahang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI