fbpx

The Red Warriors sedia jinakkan Harimau Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD Kelantan FC sedia menyekat kerakusan Harimau Selatan menjelang aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu malam ini.

KEJAYAAN menghasilkan tiga gol ketika menentang Penang FC jadi khabar positif buat pe­ngendali Kelantan, Angel Alfredo Vera untuk menyiapkan pasukan le­bih baik untuk menghadapi Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu malam ini.

Walaupun jurang kedua-dua pasukan terlalu besar, jurulatih dari Argentina itu mahu bersikap positif bagi mengelak anak-anak buahnya mengalah awal sebelum menghabiskan 90 minit permainan.

“Mungkin aspek kerja berpasukan masih kurang, namun dengan semangat kita mungkin mampu dapatkan hasil. Apabila kita mampu jaringkan tiga gol (menentang Penang FC) ia adalah satu perkara positif.

“Kita perlu bermain (lawan JDT) dan kita perlu baiki apa yang masih kurang dan saya kena beri motivasi untuk mereka supaya bekerja pada tahap maksima. Tiada yang tidak boleh, apa yang penting kita teruskan kerja keras dan harap mampu beri aksi terbaik.

“Kita mahu lihat ke depan dan saya harap pemain mampu kekalkan konsisten bagi mendapatkan mata sekaligus dapat keluar daripada zon bawahan,” katanya.

Musim ini menyaksikan The Red Warriors lebih dibayangi isu dalaman hingga menyaksikan penurunan prestasi pasukan dan berada di tangga tercorot Liga Super dengan hanya ­mengutip empat mata dan muncul pasukan bolos terbanyak, melepaskan 56 gol.

Walaupun ramai pemain ­utama mula ‘angkat kaki’, Alfredo Vera percaya pemain bawah 23 tahun mampu untuk menggalas tugas dengan baik dan kini hanya dipisahkan dengan masa untuk membentuk pasukan yang lebih baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI