fbpx

Wanita trauma lapan tahun jadi mangsa gangguan seksual di media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar bukti gangguan seksual yang diterima oleh wanita terbabit.

PETALING JAYA – Seorang wanita hilang sabar selepas lapan tahun menjadi mangsa gangguan seksual di media sosial oleh seorang lelaki tidak dikenali.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Acacia Diana mendedahkan perkara itu di laman Twitter miliknya selepas pelbagai tindakan dilakukan tetapi dia masih diganggu lelaki terbabit yang dikenali sebagai Safiq Rosli.

“Hai semua. Saya sangat penat, geram dan malas untuk melayan orang bernama Safiq Rosli ini lagi (sopert99). Jika sesiapa mengenali dia dan keluarganya, mohon dapatkan bantuan untuk dia.

“Dia mengganggu saya hingga ke United Kingdom (UK), ditangkap, dibebaskan sementara menunggu tarikh mahkamah, kemudian melarikan diri dari negara itu dan terlepas tarikh mahkamah.

“Minggu ini dia kembali lagi mengganggu. Syfa Rosli dan Encik Rosli, jika anda berada di luar sana. Tolong jaga ahli keluarga anda yang sakit ini,” katanya.

Selain itu, Acacia turut memuat naik beberapa bukti seperti tangkap layar mesej yang dihantar lelaki tersebut kepadanya menerusi Direct Message (DM) di Instagram, gambar alat sulit lelaki berkenaan, video memaparkan dirinya sedang beronani serta perbualan berunsur lucah.

“Satu laporan polis sudah dibuat di balai polis di Shah Alam pada tahun 2018, tetapi gangguan itu tidak terhenti sehingga semalam.

“Dia mempunyai delusi bahawa kami sedang menjalin hubungan cinta dan saya dikelilingi oleh individu yang berniat jahat,” jelasnya.

Hantaran berkenaan turut mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang meminta wanita tersebut menghantar bukti-bukti tersebut kepada pihaknya untuk tindakan susulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI