fbpx
Minuman pelbagai jenis dapat melegakan rasa dahaga tetapi tidak memberi manfaat berpanjangan kepada penggunanya. -Gambar hiasan

Jus Aloe Herbalife penuhi keperluan penghidratan pengguna 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Herbalife terkenal sebagai pemimpin industri global dalam piawaian dan ketulenan aloe vera, mengingatkan orang ramai agar sentiasa minum air dengan secukupnya untuk mengekalkan penghidratan dan mencegah strok haba.

Ini kerana air penting untuk setiap sel hidup di dalam badan dan memberikan pelbagai manfaat daripada kawalan metabolisme dan suhu kepada penghadaman dan pelinciran sendi.

Bagaimanapun, melihat kepada mudahnya masyarakat membeli air minuman yang pelbagai jenis dan rasa termasuk warnanya, orang ramai mudah terdedah kepada pembelian soda berkarbonat dan juga minuman pemberi tenaga.

Namun, ramai yang tidak sedar bahawa produk-produk tersebut mempunyai kandungan gula yang tinggi, oleh itu, manfaat penghidratannya diatasi dengan risiko kandungan pemakanan yang kurang sihat.

Sebagai alternatif, air kosong adalah satu pilihan yang sihat tetapi adakah ia menjadi pilihan pengguna jadi, terdapat satu pilihan terbaik yang boleh dimanfaatkan adalah aloe vera.

 

Menurut Naib Presiden Latihan Pemakanan, Herbalife Nutrition, Dr. Luigi Gratton,  jus aloe yang dihasilkan oleh syarikat adalah minuman yang memenuhi keperluan penghidratan pengguna sambil memberikan manfaat dalam aspek penghadaman. 

Menurut beliau, tumbuhan aloe vera semula jadi mengandungi mineral, protein dan polisakarida, selain bahan lain yang dinamakan fitonutrien yang merupakan sebatian yang menggalakkan kesihatan yang ditemui dalam tumbuh-tumbuhan.

Selain daripada kandungan nutriennya, aloe vera juga mengandungi komponen pahit yang dinamakan aloin.

Aloin mempunyai ciri-ciri laksatif dan tidak harus dimakan. Untuk diambil dengan selamat, ahli-ahli sains telah mencipta proses  penulenan yang dikenali sebagai penyahwarnaan untuk menyingkirkan aloin daripada jus aloe.

“Pada hari ini, pengguna boleh meraih manfaat aloe dalam pelbagai bentuk iaitu jus, pekatan atau ekstrak serbuk yang mana ia dicampurkan dengan minuman lain seperti teh atau air. 

“Penambahan aloe ke dalam minuman pilihan anda meningkatkan tahap penghidratan anda dan memberikan sokongan penghadaman yang anda perlukan,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN