fbpx

43 calon STPM di Negeri Sembilan peroleh PNGK 4.00

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINUDDIN Harun (tengah) bergambar bersama pelajar-pelajar cemerlang STPM 2022 selepas pengumuman keputusan STPM Tahun 2022 Peringkat Negeri Sembilan di Kolej Tingkatan 6, Forest Height di Seremban, hari ini. Foto MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Seramai 1,424 orang daripada keseluruhan 1,441 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022 di Negeri Sembilan, lulus penuh dengan mendapat sekurang-kurangnya satu mata pelajaran peringkat prinsipal iaitu 98.82 peratus berbanding 98.84 peratus pada tahun 2021.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Dr. Roslan Hussin berkata, daripada jumlah tersebut seramai 63 calon lulus lima prinsipal, 1,040 calon lulus empat prinsipal, 214 lulus tiga prinsipal, 70 lulus dua prinsipal dan 37 orang calon lulus satu prinsipal.

Selain itu katanya, seramai 17 orang calon pula telah memperoleh keputusan lulus sebahagian.

Tambah beliau, sehubungan itu, Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) bagi negeri adalah 2.82 berbanding tahun 2021 iaitu 2.85 yang merupakan penurunan sebanyak 0.03 peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI