fbpx

Dybala musnahkan impian Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DYBALA (tengah) membuat keputusan untuk kekal di Roma sekali gus menamatkan spekulasi perpindahan menyertai Chelsea. - AFP

ROM – Penyerang AS Roma, Paulo Dybala menamatkan spekulasi perpindahannya menyertai Chelsea apabila menegaskan mahu kekal bersama jaguh Serie A itu.

Dybala, 29, hangat diperkatakan bakal berhijrah menyertai The Blues disebabkan klausa perpindahan dalam kontraknya membenarkan dia menyertai kelab luar Itali dengan harga serendah £10 juta (RM60.02 juta).

Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino juga sebelum ini pernah beberapa kali cuba mendapatkan bintang antarabangsa Argentina itu ketika bersama Tottenham Hotspur dan Paris Saint-Germain (PSG).

Lebih menghangatkan spekulasi apabila Thiago Silva mendedahkan telah memujuk Dybala berpindah ke Stamford Bridge ketika bertemu pada Grand Prix British di Litar Silverstone baru-baru ini.

Bagaimanapun, pemenang Piala Dunia 2022 itu akhirnya tampil menjawab segala teka-teki berhubung masa depannya kerana merasakan tugasannya bersama Roma masih belum selesai.

“Masa depan? Saya gembira di Roma dan saya mahu terus berada di sini. Saya bersemangat tinggi dan tidak sabar untuk memulakan pramusim bersama rakan sepasukan,” kata Dybala.

Walaupun Dybala lebih banyak menghabiskan masa di bilik rawatan musim lalu tetapi bekas penyerang Juventus itu masih berupaya meledak 18 gol daripada 38 perlawanan dalam semua kejohanan bersama Roma.

Berita perpindahan Dybala ke Chelsea dilihat sesuatu yang janggal disebabkan The Blues sudah mempunyai dua penyerang baharu iaitu Christopher Nkunku dari RB Leipzig dan Nicolas Jackson (Villarreal). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI