fbpx

26,506 saman dikeluarkan di KL dalam tempoh 7 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Suhaily (tengah) ketika ditemui pemberita dalam program santuni Orang Kelainan Upaya (OKU) di Brickfields, Kuala Lumpur, hari ini

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur mengeluarkan sebanyak 26,506 saman atas pelbagai kesalahan sepanjang Ops Hormat Undang-undang Jalan Raya dalam tempoh tujuh hari bermula 3 Julai lalu.

Daripada jumlah itu, halangan lalu lintas menjadi kesalahan tertinggi dilakukan pengguna jalan raya idu negara dengan jumlah 18,931 saman.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kesalahan lain yang direkodkan adalah meletakkan kenderaan di laluan pejalan kaki (1,931), tiada lesen memandu (1,280), melanggar lampu isyarat merah (478), ubah suai nombor plat atau ‘fancy’ (299), berhenti di petak kuning (216) dan kesalahan lain (3,217).

“Pada masa ini, kami (Polis KL) menerima maklum balas positif daripada masyarakat berkaitan operasi ini sehingga ada warga ibu kota yang turut memberi cadangan mengadakan operasi sama di lokasi lain yang banyak terdapat kesalahan lalu lintas.

“Pada masa ini, kita sedang memperbaiki mekanisme operasi dari semasa ke semasa dan akan mencari kaedah terbaik bersama warga Kuala Lumpur untuk mengubah sikap pengguna jalan raya agar lebih bertanggungjawab,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Jelas Mohd Shuhaily, pihaknya tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana individu yang melakukan kesalahan lalu lintas.

Kata beliau, pengguna jalan raya juga dinasihatkan untuk tidak mengabaikan tanda lalu lintas demi keselamatan semua pihak.

“Seramai 800 pegawai dan anggota Polis Kuala Lumpur akan melaksanakan operasi ini selama 24 jam sehingga 31 Julai ini,” katanya.

Sepanjang operasi sama, polis menahan 86 individu atas pelbagai kesalahan jenayah dan trafik selain menyita 99 kenderaan membabitkan 96 motosikal, dua kereta dan sebuah lori.

Sebelum ini Mohd Shuhaily menjalankan operasi dengan menumpukan kesalahan trafik yang paling kerap dilakukan pengguna jalan raya di sekitar ibu negara sepanjang Julai ini.

Kesalahan lain yang turut diberi tumpuan adalah pelaksanaan operasi parkir haram, halangan, lampu merah (berhenti melebihi garisan putih/ berhenti atas lintasan pejalan kaki.

Selain itu, turut dilaksanakan operasi terhadap nombor pendaftaran kenderaan, cermin gelap, motosikal dan Op Didik. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI