fbpx

Warga emas hanya ada RM5 untuk beli baju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tersebut yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Seorang peniaga sebak apabila dia dikunjungi seorang lelaki warga emas yang ingin membeli baju, namun hanya mempunyai wang sebanyak RM5.

Menerusi sebuah klip video berdurasi 55 saat yang dimuat naik ReaBundle di akaun TikTok miliknya memaparkan, lelaki itu sedang sibuk memilih baju, sambil dibantu oleh individu yang dipercayai peniaga tersebut.

“Sekeras-keras aku, lihat pakcik ini aku sebak. Dia nak beli baju duit RM5. Aku pun tak pasti pakcik datang dari mana. Datang sini pun tak pakai selipar, cuma berseluar pendek.

“Kalau orang tak normal dia tak akan nak bayar. Masa ini aku sebak dia nak bayar baju itu, tetapi aku tak ambil. Niat sedekah,” katanya.

Tambahnya, dia turut memberikan seluar baharu kepada lelaki tersebut walaupun pada mulanya lelaki itu berkeras menolaknya.

“Aku nak bagi seluar dia tak nak, tetapi aku paksa pakcik ini. Pakailah seluar tak elok berseluar pendek nanti sejuk. Alhamdulillah, dia terima.

“Aku bukan apa, apabila lihat pakcik ini teringat dekat arwah abah. Moga di mana pakcik berada Tuhan selalu ada jaga pakcik. Dimurahkan, diberikan kesihatan yang baik,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terharu dengan sifat baik hati peniaga tersebut.

“Terima kasih, semoga dimurahkan rezeki untuk insan yang menyantuni orang lain terutama orang tua,” ujar Kak Sheena.

“Tunjuk kita buat baik bukan untuk berbangga atau riak tetapi pengajaran buat kita. Banyak cara yang kita boleh buat kebaikan dan pahala,” kata Acid.

Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih daripada 60,000 tontonan dan 3,682 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI