fbpx

KPDN tegas laksana penguatkuasaan isu penyelewangan minyak masak bersubsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tegas dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan berhubung isu penyelewengan minyak masak bersubsidi.

Ketua Setiausahanya, Datuk Azman Mohd Yusof berkata, pihaknya memandang serius isu itu dan melalui Bahagian Penguat Kuasa sentiasa melaksanakan pemantauan di seluruh negara termasuklah di negeri-negeri yang bersempadan dengan negara jiran.

Katanya, pemeriksaan dan pemantuan dilaksanakan melibatkan pelbagai peringkat termasuklah di peringkat runcit, syarikat pemborong dan pembungkus minyak masak bersubsidi serta pengilang.

“Berdasarkan statistik penguatkuasaan sejak lima tahun kebelakangan ini bermula pada tahun 2019 sehingga 30 Jun lalu, sebanyak 730 kes yang melibatkan minyak masak telah diambil di seluruh negara melibatkan nilai rampasan berjumlah RM16.79 juta.

“Antara kesalahan yang dikesan adalah berniaga barang kawalan tanpa lesen, gagal menyelenggara buku stok dan mengemukakan dokumen palsu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya, berdasarkan statistik penguatkuasaan bagi tempoh yang sama juga, sebanyak 227 kes telah dihasilkan khusus bagi barang kawalan minyak masak yang melibatkan nilai rampasan berjumlah RM658,397.

Jelasnya, bermula 1 Januari lalu, KPDN telah mewajibkan penggunaan sistem eCOSS kepada seluruh rantaian bekalan minyak masak paket bersubsidi.

“Sistem ini merekodkan transaksi seperti kuantiti dan harga jualan di setiap peringkat rantaian iaitu daripada kilang penapisan, syarikat pembungkusan, pemborong dan peruncit.

“Oleh yang demikian, KPDN tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk membuat sekatan ke atas syarikat di dalam sistem eCOSS sekiranya didapati ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk menyorok bekalan minyak masak paket bersubsidi,” ujarnya.

Tambahnya, KPDN akan mengerakkan jentera Penguat Kuasanya diseluruh negara bagi menjalankan pengauditan terhadap 354 pembungkus minyak masak bersubsidi (COSS) bagi memastikan mereka mematuhi perundangan yg dikuatkuasakan oleh KPDN.

“Bagi memastikan tindakan penguatkuasaan berhubung penyelewengan minyak masak bersubsidi ini dapat diatasi secara holistik terutamanya yang berlaku di sempadan negara.

“KPDN sentiasa bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan yang lain seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Pasukan Gerak Am, Pasukan Polis Marindan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia,” katanya.

Azman berkata, KPDN memberi amaran keras ke atas mana-mana individu atau syarikat yang berkaitan agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan rakyat Malaysia susah membeli minyak peket subsidi satu kilogram tetapi orang di sempadan setiap minggu tambah stok.

Itu keadaan yang berlaku hasil tinjauan Kosmo! di lokasi bersempadan dengan Padang Besar, Perlis mendapati pelbagai jenama minyak masak peket dari Malaysia dijual di hampir semua kedai runcit di situ. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI