fbpx

Bekas pekerja rompak pejabat lama ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barangan suspek yang dirampas selepas disyaki memecah masuk sebuah syarikat di Ukay Perdana, di sini, kelmarin.

AMPANG JAYA – Seorang bekas pekerja sebuah syarikat ditahan selepas memecah masuk tempat kerja lamanya di Ukay Perdana, di sini sebelum melarikan pelbagai barangan bernilai lebih RM4,000, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada pemilik syarikat terbabit yang berusia 36 tahun, kelmarin.

Katanya, mangsa mendakwa suspek yang memecah masuk ke dalam premis syarikatnya merupakan bekas pekerja yang dikenali menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

“Mangsa memeriksa pejabatnya dan mendapati ada kesan umpil pada lubang kunci pintu belakang pejabat.

“Antara barangan yang hilang adalah sejumlah wang tunai dan dua helai seluar Jean bernilai sekitar RM4,150 ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Mohd Azam, bertindak atas laporan, sekitar pukul 11.30 malam, seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan di kawasan Ukay Perdana, di sini, semalam.

“Pemeriksaan air kencing mendapati suspek negatif sebarang dadah dan mempunyai satu rekod kesalahan jenayah lampau yang tidak dikehendaki.

“Turut dirampas satu beg dan beberapa pakaian yang dicuri serta barangan yang digunakan semasa kejadian,” katanya.

Tambah Mohd Azam, suspek akan dipohon reman hari ini di Mahkamah Majistret Ampang.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu Pecah Rumah dan Curi,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI