fbpx

4 wanita seksi bertumbuk di hotel mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang wanita berkenaan cuba mengheret seorang lagi wanita yang ketika itu duduk di atas sebuah skuter. – Splash News

LAS VEGAS, NEVADA – Pengunjung sebuah hotel mewah di Las Vegas terkejut menyaksikan sekurang-kurangnya empat wanita berpakaian seksi bergaduh di hadapan orang ramai dalam kejadian kelmarin, lapor akhbar New York Post.

Berdasarkan satu rakaman video, dua wanita dilihat bertumbuk dan bergelut di atas lantai sebelum seorang pengawal keselamatan dan pengunjung lain cuba meleraikan mereka.

Ketika pergaduhan mereka cuba dileraikan, seorang wanita lain menyerang seorang lagi wanita yang berdiri berhampiran kawasan tersebut.

“Berundur!” kata seorang lelaki kepada pengunjung yang menyaksikan pergaduhan itu.

Dalam klip video  seterusnya,  seorang wanita berkenaan cuba mengheret seorang lagi wanita yang ketika itu duduk di atas sebuah skuter  sebelum pengawal keselamatan dan lelaki yang sama cuba menenangkan mereka.

Jabatan Polis Metro Las Vegas memberitahu New York Post bahawa tiada tangkapan dibuat, namun sekurang-kurangnya satu  saman telah dikeluarkan.

Tiada maklumat lanjut mengenai punca pergaduhan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI