fbpx
Norhidawati yang dibantu suaminya berjaya menaikkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa setelah dinobatkan sebagai wanita Muslim pertama menerima anugerah Royal Crown Diamond.

Teacher Watie ubah stigma bisnes MLM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Siapa sangka keengganan terlibat dalam mana-mana perniagaan berasaskan MLM atau lebih dikenali sebagai perniagaan pelbagai peringkat yang sering digeruni oleh ramai usahawan baharu, telah berjaya mengubah pendirian, semangat dan keyakinan seorang usahawan wanita ini menjadi insan yang berjaya di peringkat domestik dan juga di antarabangsa.

Malah, perniagaan tersebut yang mula diceburi Norhidawati Abdul Aziz yang terkenal de­ngan gelaran Teacher Watie pada akhir tahun 2014 melalui pengenalannya meneroka perniagaan berpotensi yang ditawarkan oleh Young Living Essential Oils (Young Living) dari Utah, Amerika Syarikat telah menobatkan beliau sebagai wanita Muslim pertama di dunia bergelar Royal Crown Diamond.

Young Living telah berkembang menjadi peneraju dalam minyak pati dan penyelesaian kesejahteraan dan mempunyai pejabat di seluruh dunia, antaranya di Australia, Eropah, Kanada, Jepun dan Singapura serta lebih daripada  22 ladang di seluruh dunia.

Di Asia Pasific, Young Living memiliki ladang di Filipina, Taiwan dan yang terbaru di Okinawa, Jepun.

Usahawan berusia 43 tahun yang juga Pengasas syarikat Genius Baby On Board Realistik (Genius Baby On Board) beribu pejabat di Puchong ini dapat dilihat daripada kejayaannya  membangunkan empayar perniagaan baharunya iaitu Oilylicious Healthcare Sdn. Bhd. (Oily­licious) khusus sebagai salah satu pengedar bebas Young Living di negara ini.

“Saya menyertai Young Living ini sebagai pengguna untuk membantu anak sulung saya yang mempunyai simptom Autism (ASD) dan menambah keyakinan anak kedua saya yang lahir dengan kondisi yang di namakan Symbrachydactyly di tangan kanannya.

“Bagaimanapun pada ketika itu, saya menggunakan minyak pati tersebut tanpa sebarang pe­­­­n­getahuan mendalam tentang produk.

“Minyak pati itu turut digunakan di Genius Baby On Board melalui sokongan daripada ibu bapa pelajar, hasilnya sangat positif dan berkesan sehingga menimbul keyakinan saya untuk terus mengkaji tentang produk tersebut,” katanya ketika ditemui di butik pengalamannya di sini baru-baru ini.

Bersandarkan keyakinan tersebut, Norhidawati telah membuat kajian sendiri selama tiga malam berturut-turut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk berkenaan sekali gus melibatkan diri dalam Young Li­ving yang mengamalkan konsep perniagaan MLM.

Kini Young Living telah berjaya mengubah dirinya sebagai seorang yang berpengetahuan tinggi tentang manfaat setiap minyak pati keluaran syarikat, tentang cara penggunaannya yang betul bagi memperoleh ha­sil yang berkesan dan sekali gus meningkatkan keyakinan untuk terus ke hadapan membantu le­bih ramai usahawan baharu menceburi bidang MLM.

Di bawah Oilylicious, syarikat kini memiliki lebih 30,000 ahli yang terdiri daripada ratusan kumpulan kecil usahawan de­ngan satu tujuan untuk menawarkan produk berkhasiat kepada pelanggan.

Melalui kerjasama tersebut, syarikat mencatat hasil jualan kira-kira RM6.3 juta sebulan sejak bulan Mei 2020 sehingga kini, malah ia terus gah ketika pandemik melanda negara.

Lebih menarik, Oilylicious juga adalah salah satu kumpulan yang pernah mencatat rekod jualan kumpulan tertinggi sehingga RM36 juta dalam tempoh negara dilanda pandemik.

Inisiatif syarikat itu juga telah menjadikan syarikat sebagai ­penyumbang utama sehingga 70 peratus daripada jualan keseluruhan Young Living di negara ini.

Kini setelah lebih sembilan tahun terlibat dalam perniagaan MLM melalui Young Living, Norhidawati yang berasal dari Gombak itu berjaya mengubah persepsi negatif masyarakat khususnya dalam kalangan kumpulan usahawan terhadap MLM.

Beliau berasa bertanggungjawab mengubahnya dan menjadikan ia sebagai satu model perniagaan yang menarik, unik dan mampu mencatat kejayaan yang membanggakan.

Lantas wanita itu dengan sokongan daripada suaminya, Saiful Rizal Che Mat, telah berjaya memecah stigma negatif tersebut dengan berusaha bersungguh-sungguh dan konsisten bagi membuktikan perniagaan secara berbilang peringkat ini mampu menjadikan insan biasa sepertinya menjadi luar biasa, membolehkan beliau keluar dari pada rat race kehidupan.

Malah, beliau juga berjaya me­lahirkan ribuan usahawan dan usahanita bergelar jutawan dalam kaedah perniagaan itu.

Mengulas lanjut mengenai produk Young LIving, Norhidawati menerangkan, terdapat 200 jenis minyak pati yang dikelaskan di bawah segmen campuran atau segmen single dan setiap minyak pati itu memiliki khasiatnya tersendiri untuk membantu ­menyelesaikan setiap permasalahan yang dihadapi pe­langgan daripada pelbagai pe­ringkat umur.

Harga produknya yang bermula daripada RM50 sehingga RM980 berjaya membantu orang ramai secara holistik, baik secara fizikal, emosi, mental dan spi­ritual.

Malah dari segi perniagaan juga, ia terbukti dapat membantu ramai keluarga keluar daripada kepompong atau rutin kehidupan yang biasa dan menjalani kehidupan yang sangat selesa dan stabil ekonominya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN