fbpx

Siapa bakal ungguli Big Stage 5?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA finalis Big Stage 5 yang disebut-sebut sebagai juara.

SEMBILAN minggu bertarung, akhirnya Big Stage musim kelima bakal menamatkan siarannya malam ini, sekali gus akan menjulang seorang juara baharu.

Bagi Diva, musim ini bermula perlahan tetapi minggu demi minggu, ramai yang sudah menunjukkan taring berbisa.

Antara nama yang diramal bergelar juara ialah Waode, Nadeera Zaini dan Hoondo.

Namun, tidak boleh ketepikan kehebatan tiga lagi peserta lain iaitu Puteri Khareeza, Aufahanie dan Putera Muhammad. Memang sengit betul.

Tak sabar juga Diva nak lihat apa lagi ‘kegilaan’ dua hosnya, Elly Mazlein dan Rina Nose.

Tidak kisahlah siapa juara, asalkan mereka tidak hilang selepas menang. Banyak sejarah juara Big Stage begitu.

DIVA: Lain macam penangan drama Perempuan Itu, ramai pula minta versi ‘lelaki itu’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI