fbpx

Ramai nelayan mengadu sukar dapat lesen tangkap ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Faiz (tengah) bersama nelayan Kuala Muda pada Majlis Rahmah Mesra Madani Libat Urus Pengerusi LKIM bersama Nelayan Kedah di Kampung Tepi Sungai, Kota Kuala Muda, dekat Sungai Petani semalam.

SUNGAI PETANI – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menerima banyak rungutan daripada nelayan yang sukar memperoleh lesen, meskipun mereka telah membuat permohonan sejak lebih 10 tahun lalu.

Pengerusinya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, perkara itu banyak diajukan nelayan dalam program libat urus bersama nelayan yang dijalankan.

“Nelayan menyuarakan kebimbangan apabila terpaksa keluar menangkap ikan tanpa lesen dan berhadapan dengan risiko ditahan serta dikenakan tindakan pihak oleh berkuasa,” katanya selepas merasmikan Majlis Rahmah Mesra Madani Libat Urus Pengerusi LKIM bersama Nelayan Kedah semalam.

Kata beliau, isu pemberian lesen itu bagaimanapun di luar bidang kuasa LKIM selain melibatkan dasar yang perlu dikaji oleh pihak kerajaan.

Menurutnya, pihaknya akan cuba membantu nelayan berhubung isu itu menerusi perbincangan dengan Jabatan Perikanan dan pihak terlibat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI