fbpx

United bertuah tandatangani Mount

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOUNT (kiri) disifatkan mampu mengurangkan masalah di jentera tengah skuad The Red Devils.

LONDON – Legenda Manchester United, Rio Ferdinand merasakan perpindahan Mason Mount ke Old Trafford memberikan kemenangan pertama Red Devils ke atas Chelsea.

Sama seperti Ferdinand, peminat Red Devils juga pasti gembira dengan kehadiran Mount yang disifatkan mampu mengurangkan masalah di jentera tengah dan kini fokus perlu diberikan bagi mendapatkan penjaga gol serta penyerang baharu.

Ferdinand nyata lega apabila United mampu mengukuhkan posisi tengah dan ketiadaan bintang antarabangsa England itu pasti akan diratapi oleh The Blues sejurus saingan Liga Perdana Inggeris bermula.

“Sangat gembira dengan kehadiran Mount. Dia seorang pemain muda, memiliki bakat dan dahagakan kejayaan. Dia juga ada pengalaman dalam perlawanan besar.

“Sebagai pemain, dia pasti akan mencipta jaringan, kreati­viti, etika kerja dan terus melakukan larian ke kawasan lawan. Dia akan beri nilai tambah kepada apa yang kelab mahukan dan bakal beri kelainan di posisi tengah.

“Saya sebenarnya merasakan Chelsea akan menyesal kerana menjual Mount. Jadi sekarang kami perlukan pemain nombor 9 (penyerang),” katanya.

Berita penghijrahan Mount jelas mencipta kejutan kerana pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino cukup berminat untuk kekalkan khidmatnya di Stamford Bridge.

Kini Manchester United sedang mengintai peluang untuk dapatkan penyerang. Selain cuba bawa masuk Harry Kane, Red Devils turut menyenaraikan bintang Atalanta, Rasmus Hojlund. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI