fbpx

PRN: Pas tidak calonkan Annuar bertanding DUN Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar.

MARANG – Pas mengesahkan bekas pemimpin UMNO, Tan Sri Annuar Musa tidak akan mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan pada 12 Ogos depan.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Annuar yang juga Presiden Muafakat Nasional (MN) memberitahu beliau tidak berminat untuk terlibat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu.

Jelas beliau, sebaliknya, bekas Ahli Parlimen Ketereh berkenaan akan diberi peranan untuk membantu Perikatan Nasional (PN) di peringkat nasional.

“Beliau (Annuar) memberitahu tidak berhasrat untuk bertanding dalam PRN Kelantan. Kita (Pas) juga mahu beliau memainkan peranan di peringkat nasional,” katanya ketika diziarahi Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Rusila di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Abdul Hadi mengesahkan semua cadangan calon yang mahu ditampilkan Pas pada PRN di enam negeri pada bulan depan telah melepasi tapisan Majlis Ulama parti itu yang bermesyuarat semalam.

Sehubungan itu, beliau berharap momentum Gelombang Hijau yang terjadi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada akhir tahun lalu dapat dikekalkan.

“Harap momentum PRU15 dapat diteruskam dan kita beroleh kemenangan lebih besar lagi. Saya juga berharap pertandingan (kerusi setiap DUN) hanyalah dua penjuru, senang rakyat hendak buat pilihan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI