fbpx

Didie menari, Mak Engku macam sotong!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI lucu pelakon Didie Alias, Mak Engku, Noorkhiriah dan Rosnah Mat Aris menarik perhatian netizen dalam media sosial.

LUCU! Itu majoriti komen yang diberikan netizen terhadap video memaparkan Didie Alias menari bersama tiga pelakon lain iaitu Noorkhiriah, Rosnah Mat Aris dan Ku Faridah atau Mak Engku.

Gelagat mereka menari itu membuatkan netizen terhibur dan tidak kering gusi sehingga mendapat lebih 3 juta tontonan dalam TikTok.

“Hiburan hari minggu, jangan gelak ya. Mak Engku buat apa? Menyotong ke?” seloroh Didie.

Rata-rata netizen yang terhibur turut menyifatkan kesemua pelakon yang terlibat sebagai aktres hebat tanah air.

“Tonton video mereka pun sudah terhibur apatah lagi lakonan,” kata netizen dalam TikTok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI