fbpx
Amirudin (tengah) bersama pengetua serta guru besar yang menerima replika cek sumbangan itu di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam, hari ini. Foto AFIQ RAZALI

Agih RM26.5 juta kepada 988 sekolah di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Sebanyak RM26.5 juta diagihkan untuk kemudahan fasiliti pembelajaran kepada 988 buah sekolah di seluruh negeri ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, peruntukan itu adalah terbesar yang pernah disalurkan sejak tahun 2009.

“Kita tidak pernah gagal menyumbang kepada sekolah-sekolah di Selangor cuma ini kali pertama kita memberikan peruntukan kepada 988 buah sekolah.

“Jumlah keseluruhan yang disumbangkan kerajaan negeri sejak 2009 adalah RM260 juta. Aspek pendidikan amat dititikberatkan dalam mengubah nasib seseorang,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan program Bantuan Sekolah Negeri Selangor 2023 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini hari ini.

Secara pecahannya, peruntukan itu masing-masing adalah melibatkan sekolah agama rakyat sebanyak RM11 juta, sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina (RM6 juta), SJK Tamil (RM5 juta), sekolah mubaligh dan sekolah menengah jenis kebangsaan (SMJK) (RM1 juta).

Selain itu, sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah menengah kebangsaan (SMK) masing-masing menerima RM1.5 juta serta sekolah menengah persendirian (SMP) Cina sebanyak RM2 juta.

Amirudin menjelaskan, kerajaan negeri tidak akan sekali-kali mendiskriminasikan apa-apa jenis sekolah termasuk SJK dan sekolah mubaligh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN