fbpx

Waris mayat lelaki terapung di Semporna dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis mengesan waris bagi mengenal pasti identiti mayat seorang lelaki yang ditemui terapung di kawasan sebuah resort di Kampung Tampi-Tampi, Semporna, Sabah pada 29 Jun lalu.

SEMPORNA – Polis sedang mengesan waris bagi mengenal pasti identiti mayat seorang lelaki yang ditemui terapung di kawasan sebuah resort di Kampung Tampi-Tampi pada 29 Jun lalu.

Mayat lelaki berkenaan ditemui pada pukul 7.41 pagi dalam keadaan kembung di bahagian perut serta kepala mereput dan sukar dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat terbabit.

“Ciri-ciri fizikal mayat adalah tinggi 167 sentimeter dan memakai baju warna hitam corak biru, terdapat lambang tertulis Arsenal serta memakai seluar jeans panjang warna hitam jenama Bentop.

“Selain itu, mayat juga didapati memakai gelang getah warna hitam di tangan kiri serta memakai tali berupa tangkal warna kuning yang dililit dari bahu kiri ke rusuk kanan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, anggaran usia tidak dapat dipastikan dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).

“Mayat sudah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Semporna untuk tindakan lanjut dan mohon sesiapa yang ada kehilangan ahli keluarga yang memakai pakaian seperti dinyatakan itu atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh disalurkan kepada Ketua Balai Polis Semporna Inspektor Mustapha Abd Majid di talian 010-5517617 atau di talian 089-782020 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`