fbpx

NTL diputuskan pegawai imigresen gred KP41, bukan KP29

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin (tengah) pada sidang akhbar khas di Kementerian Dalam Negeri hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA- Kuasa pemberian Notis Penolakan Masuk (NTL) kepada pengembara akan diputuskan oleh pegawai pengurusan dan profesional Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan gred KP41 ke atas selepas ini.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, keputusan penukaran autoriti bagi pemberian NTL daripada pegawai berpangkat lebih rendah iaitu KP29 ketika ini kepada KP4 akan dikuatkuasakan dalam kadar segera.

Jelas beliau, ia merupakan sebahagian daripada langkah untuk memperbaiki pengurusan JIM di pintu masuk negara.

“JIM pada kadar segera akan berikan autoriti untuk memutuskan tentang NTL kepada pegawai bergred 41 dan ke atas kerana sekarang ini adalah KP29.

“Autoriti itu selepas ini akan diberikan pegawai bertaraf pengurusan dan profesional, jadi ini akan membantu,” katanya menerusi sidang akhbar khas di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI