fbpx
GAMBAR fail menunjukkan rumah penduduk dan tanaman sekitarnya yang musnah dibadai kepala air di Kampung Iboi, Baling tahun lalu.

‘Bantu kami penduduk Iboi usahakan semula tanaman yang musnah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALING – Kebanyakan mangsa aliran puing dan banjir lumpur di Kampung Iboi, di sini masih tidak mampu untuk mengusahakan semula tanaman yang musnah biarpun sudah hampir setahun kejadian itu berlaku.

Menurut Abd. Rahman Said, 72, penduduk yang terjejas teruk dalam kejadian itu bukan sahaja kehilangan rumah, malah tanaman diusahakan di kebun dan sekeliling rumah turut musnah.

“Penduduk tidak dapat jalankan semula aktiviti pertanian dan penternakan kerana tiada sumber kewangan mencukupi.

“Tapak rumah dan kawasan tanaman seperti sayur, jagung dan serai juga sudah diselaputi pasir serta batang-batang pokok yang dihanyutkan dalam bencana itu,” katanya ketika ditemui di Kampung Iboi, di sini semalam.

Penduduk menjalani kehidupan seperti biasa selepas setahun kejadian aliran puing dan banjir lumpur di Kampung Iboi.

Katanya, ada juga pokok-pokok getah yang mati disebabkan kejadian itu seterusnya menyebabkan hasil menoreh berkurangan.

“Jadi, saya harap ada pihak berkaitan termasuk Jabatan Pertanian dapat membantu ­penduduk dengan memberikan bantuan untuk menjalankan projek pertanian.

“Selain bantuan kewangan, kami sangat memerlukan kursus-kursus untuk bangkit semula supaya dapat meneruskan kehidupan,” ujarnya.

Keadaan rumah penduduk dan jalan raya yang musnah teruk dalam kejadian banjir kilat dan kepala air selepas hujan lebat yang di Kampung Iboi, Mukim Kupang tahun lalu.

Penduduk, Muhammad Ashraf Suhaimi, 38, berkata, projek pertanian itu bukan sahaja boleh membantu memberikan pendapatan baharu, malah mengisi masa penduduk yang hanya bergantung kepada sektor pertanian.

“Dulu saya bantu ayah menoreh, tanam sayur dan buat kerja-kerja kampung, namun hasil pendapatan berkurangan selepas tragedi itu.

“Jika ada agensi yang mahu bantu kami jalankan pertanian secara berilmu, kami sangat mengalu-alukan,” jelasnya.

Tambahnya, agensi berkaitan perlu turun dan banci penduduk yang berminat menjalankan pertanian seterusnya mengenal pasti projek yang mampu beri ­keuntungan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN